3 Jun 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hari ini menerima lawatan kerja daripada delegasi Wakaf Ilmu Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diketuai oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Najahudin bin Lateh, Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM. Delegasi seramai empat orang ini disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Lawatan ini bertujuan untuk mewujudkan perkongsian strategik dan pertukaran maklumat terkini antara kedua-dua pihak, khususnya dalam usaha mengukuhkan dan memperluas inisiatif wakaf pendidikan serta memperkasa pengurusan aset wakaf secara lebih berkesan dan mampan.
PWS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan berharap jalinan ukhuwah serta kerjasama yang terjalin akan terus berkekalan dan memberi manfaat kepada ummah.
No Comments