PWS MENYANTUNI PEWAKAF DAN TERIMA SUMBANGAN WAKAF EMAS

PWS MENYANTUNI PEWAKAF DAN TERIMA SUMBANGAN WAKAF EMAS

12 Disember 2025, Damansara – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan agenda libat urus komuniti melalui kunjungan ke kediaman seorang pewakaf setia bagi menyampaikan penghargaan serta mendengar sendiri aspirasi beliau terhadap pembangunan wakaf negeri.

Kunjungan tersebut turut disertai dengan penyerahan sumbangan wakaf emas, melambangkan komitmen pewakaf terhadap pembinaan manfaat berpanjangan untuk ummah. PWS menghargai sokongan berterusan ini yang menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh ekosistem wakaf di Selangor.

Semoga sumbangan ini terus membawa limpahan kebaikan dan menjadi amal jariah yang berkekalan.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#perbadananwakafselangor

#WakafSelangor

#WakafMembangunkanUmmah

#WakafEmas

No Comments

Post A Comment