KUNJUNG HORMAT PWS KE YAYASAN WAKAF MALAYSIA -PERKUKUH AGENDA PEMERKASAAN WAKAF NASIONAL-

KUNJUNG HORMAT PWS KE YAYASAN WAKAF MALAYSIA -PERKUKUH AGENDA PEMERKASAAN WAKAF NASIONAL-

14 November 2025, Putrajaya –Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memainkan peranan strategik dalam merangka agenda penyelarasan wakaf di peringkat nasional melalui satu kunjungan hormat ke Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang berlangsung hari ini.

Delegasi PWS diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, diiringi oleh Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS. Ketibaan rombongan disambut mesra oleh Dr. Mohd Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Sesi kunjungan ini memberi ruang kepada kedua-dua institusi untuk membincangkan peranan strategik wakaf negeri dan nasional,meneroka potensi penyeragaman model pengurusan wakaf, serta merangka kerjasama rentas institusi bagi memperkukuh ekosistem wakaf negara.

Pertemuan ini turut menekankan keperluan penyelarasan data, penyatuan naratif dakwah wakaf, selain memastikan pembangunan aset wakaf dapat memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat.

PWS komited untuk terus menerajui inovasi dalam tadbir urus wakaf dan memantapkan jaringan kerjasama dengan rakan strategik bagi memastikan manfaat wakaf terus meluas dan berkekalan.

Turut hadir mewakili PWS ialah Puan Hajah Norhalisa binti Mujer, Pengurus Bahagian Hartanah; Cik Anis Amirah binti Mohd Kifly, Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi; Encik Norizam Buang, Penolong Eksekutif; serta Encik Mohd Sapie Tumiran dan Encik Muhammad Aidil Khairuddin, Pembantu Eksekutif.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor

#WakafMembangunkanUmmah

#YayasanWaqafMalaysia #KerjasamaStrategik #WakafNegara #PemerkasaanUmmah #InstitusiWakaf

No Comments

Post A Comment