9 September 2025 – Kuala Lumpur, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama TV Al Hijrah telah bersiaran langsung Pusat Penyiaran Digital TV Al Hijrah.
Segmen Assalamualaikum bertajuk “Satu Wakaf, Sejuta Manfaat” pada jam 9.15 pagi ini disampaikan oleh YBhg. Dr. Haji Muhammad Hafiz bin Haji Muhamad Haneefa (PU Hafiz) dan di hoskan oleh Ardi Erman dari TV Al Hijrah
PWS terus giat dalam menyebarluaskan lagi kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan, keindahan dan kemudahan berwakaf itu sendiri.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments