25 April 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh pembangunan institusi pendidikan melalui penyaluran sumbangan wakaf apabila cek cura berjumlah RM50,000.00 telah diserahkan bagi tujuan menaik taraf musolla di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 27 (1), Shah Alam.
Program ini turut diserikan dengan sesi taklimat wakaf yang disampaikan oleh Muhammad Suffian Assauri Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS. Taklimat tersebut memberi pendedahan menyeluruh berkaitan konsep, kelebihan serta peranan wakaf dalam menyokong pembangunan fasiliti pendidikan dan kebajikan ummah.
Seiring dengan itu, kaunter wakaf turut dibuka sepanjang program bagi memudahkan penyertaan warga pendidik dalam melaksanakan ibadah wakaf secara mudah, tersusun dan berterusan. Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperluas ekosistem wakaf yang inklusif serta berimpak tinggi.
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi PWS untuk memperkasa pembangunan pendidikan melalui instrumen wakaf yang mampan serta memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti.
No Comments