PWS Salur RM80,543.99 bagi Projek Pembesaran Ruang Solat Muslimat Masjid Kampung Seri Cheding

PWS Salur RM80,543.99 bagi Projek Pembesaran Ruang Solat Muslimat Masjid Kampung Seri Cheding

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan agihan Tabung Wakaf Tunai berjumlah RM80,543.99 kepada Masjid Kampung Seri Cheding pada 31 Mei 2026.

Sumbangan tersebut akan digunakan bagi melaksanakan projek pembesaran ruang solat muslimat bagi meningkatkan keselesaan jemaah serta menampung keperluan semasa komuniti setempat.

Agihan ini merupakan sebahagian daripada pemulangan 50% kutipan Tabung Wakaf Tunai yang ditempatkan di masjid untuk tujuan pembangunan institusi berkenaan.

No Comments

Post A Comment