Kuliah Maghrib Khas PWS di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Semarak Budaya Wakaf

Kuliah Maghrib Khas PWS di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Semarak Budaya Wakaf

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Kuliah Maghrib Khas di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor pada 1 Jun 2026 bagi memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ibadah wakaf.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil memberi penekanan kepada peranan wakaf sebagai sedekah jariah yang berterusan serta instrumen pembangunan ummah yang menyokong sektor agama, pendidikan dan kebajikan.

Kaunter wakaf turut dibuka bagi menggalakkan penyertaan jemaah dalam amalan berwakaf.

No Comments

Post A Comment