BICARA WAKAF BERSAMA PWS DI PHARMANIAGA MANUFACTURING BERHAD

BICARA WAKAF BERSAMA PWS DI PHARMANIAGA MANUFACTURING BERHAD

23 Jun 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Pharmaniaga Manufacturing Berhad (PMB) telah mengadakan bicara wakaf kepada kakitangan PMB bertempat di Lobi Bilik Latihan 1, PMB Bangi.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus, Bahagian Korporat PWS bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam memperluaskan lagi maksud “Walaupun Nafas Terhenti, Pahala Terus Mengalir” kepada kakitangan PMB.

PWS turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS di negeri Selangor sebagai institusi wakaf dan memberi peluang untuk kakitangan PMB melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga bicara wakaf ini dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan PMB dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#satuwakafsejutamanfaat

#pharmaniagamanufacturingberhad

No Comments

Post A Comment