PWS SANTUNI WARGA SMK DENGKIL DAN MENYERAHKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM 40,000.00

PWS SANTUNI WARGA SMK DENGKIL DAN MENYERAHKAN SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM 40,000.00

25 Oktober 2025, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hari ini menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM40,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil bagi tujuan baik pulih surau sekolah serta menyantuni para warga pendidik sekolah berkenaan.

Program ini turut diisi dengan sesi taklimat wakaf yang disampaikan oleh

AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz,

Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh PWS dan disambut mesra oleh Puan Norliza binti Mohad Noah, Pengetua sekolah berkenaan

Perkongsian ini diharap dapat memperkukuh kefahaman mengenai peranan wakaf dalam pembangunan pendidikan, selain memberi peluang kepada warga sekolah untuk bersama menjayakan misi kebajikan berterusan.

Terima kasih kepada semua pewakaf — pahala anda terus mengalir.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor #PWSPrihatin #WakafFisabilillah #wakafmembangunkanummah  #SMKDengkil #PahalaTerusMengalir #WakafPendidikan #PWS

No Comments

Post A Comment