KULIAH MAGHRIB BERSAMA PWS “Biarpun Nafas Terhenti, Pahala Terus Mengalir”

KULIAH MAGHRIB BERSAMA PWS “Biarpun Nafas Terhenti, Pahala Terus Mengalir”

31 Oktober 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan agenda dakwah dan pendidikan wakaf melalui program Kuliah Maghrib Bersama PWS yang diadakan di Masjid Al-I’tisam, Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Kuliah pada malam ini menampilkan AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS yang membicarakan topik penuh makna “Biarpun Nafas Terhenti, Pahala Terus Mengalir.”

Pengisian ini menekankan tentang kehebatan, hikmah dan fadhilat amalan wakaf sebagai jalan menuju keberkatan hidup serta bekalan amal yang tidak terputus walaupun setelah meninggal dunia. Para jemaah turut diingatkan bahawa harta yang diinfakkan di jalan Allah akan menjadi pahala yang kekal mengalir, tanda kasih hamba kepada Pencipta.

Turut diadakan malam ini ialah kaunter wakaf PWS bagi memudahkan jemaah melaksanakan ibadah wakaf secara tunai dan dalam talian.

PWS menyeru masyarakat Islam agar terus menyokong inisiatif wakaf demi memperkukuh kesejahteraan ummah dan memperluas manfaat wakaf di negeri Selangor.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor #WakafSelangor #KuliahMaghrib #PahalaTerusMengalir #WakafFisabilillah #MasjidAlI’tisam #TTDIJaya

 

No Comments

Post A Comment