8 Disember 2025, Shah Alam – KDEB Waste Management Sdn. Bhd. sekali lagi membuktikan komitmen tinggi terhadap kelestarian sosial dan pembangunan ummah apabila melaksanakan Ibadah Wakaf Tunai Korporat bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
Majlis yang berlangsung di Pejabat KDEB menyaksikan penyerahan rasmi wakaf tunai berjumlah RM30,000 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ramli bin Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn. Bhd. Sumbangan tersebut diterima dengan penuh penghargaan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, yang turut hadir bersama Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.
Penyerahan cek cura, sijil penghargaan Wakaf Selangor dan sesi bergambar rasmi menzahirkan hubungan profesional serta komitmen bersama untuk mengangkat agenda wakaf korporat sebagai pemangkin pembangunan sosial negeri Selangor.
Dana wakaf tunai RM30,000 ini akan digerakkan bagi menyokong projek-projek wakaf PWS yang meliputi pembangunan pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat, sejajar dengan aspirasi “empowering community through faith-based corporate responsibility.”
PWS menzahirkan penghargaan atas dukungan KDEB Waste Management Sdn. Bhd. yang terus proaktif menyertai ekosistem wakaf, sekaligus menjadi teladan kepada organisasi lain dalam memperkukuh agenda Corporate Waqf Sustainability.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#perbadananwakafselangor
#WakafSelangor
#WakafMembangunkanUmmah
#KDEBWasteManagement
#WakafKorporat
No Comments