PWS MEMACU KESEDARAN WAKAF DI AWAL TAHUN 2026

PWS MEMACU KESEDARAN WAKAF DI AWAL TAHUN 2026

1 Januari 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) memulakan tirai Tahun Baharu 2026 dengan menyantuni masyarakat melalui penganjuran Kuliah Subuh di institusi agama terpilih di Selangor sebagai usaha memperkukuh penghayatan ibadah dan kesedaran berwakaf.

Kuliah Subuh di Madrasah Nahdatul Islamiyah, Seksyen 3, Shah Alam pula disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil. Pengisian menekankan kepentingan memulakan tahun baharu dengan azam memperbanyakkan amal soleh serta menjadikan wakaf sebagai pelaburan pahala yang berpanjangan.

Seiring dengan penganjuran kuliah, kaunter wakaf PWS turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah untuk mendapatkan maklumat serta melazimi ibadah wakaf sebagai bekalan akhirat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen PWS untuk terus mendekati masyarakat dan menyemai budaya wakaf sebagai gaya hidup, bermula dari awal tahun demi kesejahteraan ummah yang berterusan.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#WakafSelangor #WakafMembangukanUmmah

#PerbadananWakafSelangor

No Comments

Post A Comment