Kuliah Subuh di Madrasah Nahdatul Islamiyah Perkukuh Kesedaran Wakaf

Kuliah Subuh di Madrasah Nahdatul Islamiyah Perkukuh Kesedaran Wakaf

1 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan inisiatif awal tahun melalui penganjuran Kuliah Subuh di Madrasah Nahdatul Islamiyah, Seksyen 3, Shah Alam sebagai platform memperkukuh kefahaman dan penghayatan wakaf dalam kehidupan seharian.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil yang menekankan bahawa wakaf merupakan instrumen ibadah dan pembangunan ummah yang memberi manfaat berpanjangan serta menjadi saham akhirat yang berterusan.

Kaunter wakaf turut dibuka bagi memudahkan para jemaah mendapatkan penerangan lanjut serta menunaikan wakaf tunai.

Program ini mencerminkan pendekatan PWS dalam menggabungkan elemen dakwah, pendidikan dan kemudahan akses bagi memperluas impak wakaf di peringkat komuniti.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment