5 Januari 2026, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM17,000 kepada KAFA Integrasi Al-Awwabin, Bestari Jaya bagi tujuan kerja-kerja baik pulih bangunan sekolah, demi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif untuk murid-murid.
Penyerahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS, dan disambut mesra oleh Ketua Guru KAFA Integrasi Al-Awwabin.
Selain penyerahan sumbangan, sesi taklimat wakaf turut diadakan bagi memberi pendedahan mengenai peranan wakaf dalam menyokong pembangunan institusi pendidikan Islam.
Para guru dan warga sekolah juga diberi peluang untuk menyertai ibadah wakaf tunai, sekali gus menyemai budaya memberi secara berterusan.
PWS merakamkan penghargaan kepada para pewakaf atas sokongan yang berterusan dalam memperkasa pendidikan dan membina masa depan ummah melalui wakaf yang berimpak.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments