PWS Salur RM17,000 Wakaf Fisabilillah ke KAFA Integrasi Al-Awwabin

PWS Salur RM17,000 Wakaf Fisabilillah ke KAFA Integrasi Al-Awwabin

5 Januari 2026, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM17,000 kepada KAFA Integrasi Al-Awwabin, Bestari Jaya bagi tujuan kerja-kerja baik pulih bangunan sekolah.

Penyerahan cek cura telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS dan diterima oleh Ketua Guru KAFA Integrasi Al-Awwabin sebagai simbol komitmen berterusan dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif kepada para murid.

Selain penyerahan sumbangan, sesi taklimat wakaf turut diadakan bagi memberi pendedahan mengenai peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan pendidikan Islam yang mampan dan berimpak jangka panjang. Para guru dan warga sekolah turut diberi peluang untuk menyertai Wakaf Tunai sebagai langkah menyemai budaya memberi secara berterusan.

Inisiatif ini mencerminkan aspirasi PWS dalam memperkasa ekosistem pendidikan Islam melalui pendekatan wakaf yang tersusun, telus dan berimpak tinggi.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment