Pada 13 Februari 2026, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus mempergiat momentum Bulan Wakaf Selangor dengan menganjurkan Tazkirah Jumaat di Masjid Al-Falah, Jalan Kebun sebagai platform advokasi dan pemerkasaan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan wakaf.
Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS. Dalam penyampaiannya, beliau menegaskan bahawa bulan Syaaban dan Ramadan merupakan fasa strategik untuk memperkukuh budaya wakaf dalam kalangan umat Islam. Momentum Syaaban sebagai persiapan rohani dan Ramadan sebagai bulan ganjaran berlipat ganda wajar dimanfaatkan bagi menggalakkan amalan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan.
Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperluas jaringan kesedaran wakaf secara langsung di masjid-masjid seluruh negeri. Selain penyampaian tazkirah, kaunter wakaf turut dibuka selepas solat Jumaat bagi memberi ruang kepada jemaah menyalurkan sumbangan serta mendapatkan penerangan lanjut mengenai inisiatif wakaf semasa.
Usaha berterusan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada gelombang kebangkitan wakaf yang lebih progresif dan inklusif demi kesejahteraan ummah di Negeri Selangor.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan dan kebajikan.
Sumbangan Wakaf Tunai boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui:
🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my/
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor
No Comments