19 Februari 2025 – Kuala Lumpur, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama TV Al Hijrah telah bersiaran langsung Pusat Penyiaran Digital TV Al Hijrah.
Segmen Assalamualaikum bertajuk “Bulan Wakaf Selangor” pada jam 9.00 pagi ini disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan di hoskan oleh Ustaz Izmir Fareez dari TV Al Hijrah
Di Bulan Sya’ban dan Ramadhan yang merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS terus giat dalam menyebarluaskan lagi kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan, keindahan dan kemudahan berwakaf itu sendiri.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments