11 Mac 2025 – Kuala Lumpur, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama TV Al Hijrah telah bersiaran langsung Pusat Penyiaran Digital TV Al Hijrah.
Segmen Assalamualaikum bertajuk “Hiasi Ramadhan dengan Berwakaf” pada jam 9.15 pagi ini disampaikan oleh AF Ustaz Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan dan di hoskan oleh Farah Diana dari TV Al Hijrah
Di Bulan Ramadhan yang merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS terus giat dalam menyebarluaskan lagi kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan, keindahan dan kemudahan berwakaf itu sendiri.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments