1 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan Agihan Tabung Wakaf berjumlah RM18,895 kepada Madrasah Nahdatul Islamiyyah, Seksyen 3, Shah Alam bagi tujuan kerja-kerja pendawaian elektrik bilik jenazah serta pemasangan penyaman udara.
Penyerahan cek cura telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS dan diterima oleh Pengerusi Madrasah Nahdatul Islamiyyah.
Sumbangan ini merupakan agihan 50 peratus daripada kutipan Tabung Wakaf Tunai yang ditempatkan di madrasah berkenaan dan dikembalikan semula kepada institusi tersebut dalam bentuk kemudahan serta aset demi manfaat jemaah setempat. Pendekatan ini mencerminkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban PWS dalam mengurus serta mengagihkan dana wakaf secara berimpak.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
PWS merakamkan penghargaan kepada para pewakaf atas sokongan berterusan dalam memperkukuh ekosistem wakaf yang memberi manfaat nyata dan berpanjangan kepada komuniti.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
No Comments