PWS Salur RM19,500 Wakaf Fisabilillah kepada HSAAS UPM

PWS Salur RM19,500 Wakaf Fisabilillah kepada HSAAS UPM

19 Januari 2026, Serdang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM19,500 bagi pembelian 50 unit kerusi roda kepada Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang sebagai usaha menyokong keperluan pesakit dan memperkukuh perkhidmatan kesihatan awam.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamed Izam bin Mohamed Yusof, Timbalan Pengerusi PWS yang turut diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS. Sumbangan tersebut telah diterima oleh YBhg. Profesor Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM dan disaksikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Nor Fazlina Zakaria, Pengarah Urusan HSAAS.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memanfaatkan instrumen wakaf sebagai pemangkin kesejahteraan sosial, khususnya dalam sektor kesihatan agar manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat dan golongan yang memerlukan.

PWS mengalu-alukan sokongan berterusan masyarakat untuk bersama-sama memperluas manfaat Wakaf Fisabilillah demi membina ekosistem kebajikan yang lestari dan berimpak tinggi.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my/
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment