7 Februari 2026, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 bagi tujuan pemasangan sistem penyaman udara di Masjid Jama’iyyah, Morib.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan keselesaan para jemaah serta memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah, pendidikan dan pembangunan komuniti setempat.
Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperluas manfaat wakaf secara strategik dan inklusif, selaras dengan aspirasi membangunkan ekosistem wakaf yang mampan dan berimpak tinggi.
Turut diadakan sesi penerangan ringkas berkaitan peranan wakaf dalam pembangunan institusi ibadah. Wakaf merupakan pelaburan jangka panjang yang membina legasi manfaat berpanjangan kepada ummah.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan.
🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my/
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor
No Comments