PWS Salur RM50,000 Wakaf Fisabilillah ke Masjid Taman Alam Jaya

PWS Salur RM50,000 Wakaf Fisabilillah ke Masjid Taman Alam Jaya

21 Februari 2026, Puncak Alam – Bersempena Bulan Wakaf Negeri Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 bagi pemasangan sistem siar raya baharu di Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS yang turut menyampaikan Kuliah Subuh kepada para jemaah dengan penekanan terhadap kepentingan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah dan saham akhirat yang berpanjangan.

Seiring dengan pengisian ilmu tersebut, kaunter wakaf turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah untuk menyertai Wakaf Tunai serta menyokong usaha memperkasa institusi masjid melalui dana wakaf.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen strategik PWS dalam memperluas kesedaran masyarakat serta memperkukuh budaya berwakaf, selaras dengan aspirasi menjadikan wakaf sebagai pemacu kesejahteraan sosioekonomi ummah di Negeri Selangor.

Marilah berwakaf demi manfaat berterusan kepada ummah. Orang ramai dialu-alukan menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi PWS.

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment