17 Februari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM49,000 kepada Musolla Nurul Iman, Jalan Kota Raja, Klang bagi projek naik taraf pendawaian elektrik serta pemasangan sistem siar raya.
Inisiatif ini bertujuan memastikan rumah ibadah kekal kondusif, selamat dan berfungsi dengan baik sebagai pusat ibadah serta pembangunan komuniti setempat. Penambahbaikan tersebut dijangka meningkatkan keselesaan jemaah serta memperkukuh pengurusan aktiviti keagamaan di musolla berkenaan.
Sebagai usaha menyemarakkan roh wakaf, Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Kutipan dan Agihan PWS turut menyampaikan kuliah Subuh yang menekankan kepentingan wakaf sebagai amal jariah berterusan yang memberi manfaat sepanjang hayat.
Turut diadakan sesi taklimat bagi memperkukuh kefahaman mengenai peranan dan impak wakaf dalam pembangunan ummah. Wakaf merupakan pelaburan jangka panjang yang membina legasi ilmu serta manfaat berterusan kepada generasi akan datang. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan dan kebajikan.
Sumbangan Wakaf Tunai boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui:
No Comments