21 Februari 2026, Sabak Bernam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM41,000 bagi pembelian karpet serta kerja-kerja baik pulih surau di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan diterima oleh Tuan Haji Bustamam bin Abd Latif. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor bersempena Majlis Sumbangan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkasa institusi kebajikan melalui dana wakaf, khususnya dalam memastikan kebajikan anak-anak yatim terus terpelihara merangkumi aspek keselesaan ibadah dan pembangunan rohani.
Sumbangan ini diharap dapat mewujudkan suasana ibadah yang lebih sempurna serta menghadirkan sinar kegembiraan menjelang Syawal, di samping menjadi amal jariah berpanjangan buat para pewakaf.
Marilah berwakaf demi manfaat berterusan kepada ummah. Orang ramai dialu-alukan menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi PWS.
No Comments