PWS Salur RM30,000 Wakaf Fisabilillah Tingkatkan Smart Classroom SK Saujana Impian

PWS Salur RM30,000 Wakaf Fisabilillah Tingkatkan Smart Classroom SK Saujana Impian

8 Januari 2026, Kajang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM30,000 kepada SK Saujana Impian bagi menaik taraf kemudahan Smart Classroom.

Penyerahan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kemudahan pembelajaran digital selaras dengan keperluan pendidikan semasa, sekali gus menyokong pembangunan generasi berdaya saing dan berilmu.

Marilah berwakaf demi manfaat berterusan kepada ummah. Orang ramai dialu-alukan menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi PWS.

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

 

No Comments

Post A Comment