9 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM40,000 kepada Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang bagi menaik taraf makmal komputer serta pembelian peralatan ICT.
Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS sebagai simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh kemudahan pembelajaran digital selaras dengan keperluan pendidikan semasa.
Seiring dengan penyerahan tersebut, taklimat wakaf turut diadakan kepada warga sekolah bagi memberi pendedahan mengenai peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan dan berimpak jangka panjang. Kaunter wakaf turut dibuka bagi memudahkan penyertaan warga pendidik.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen PWS dalam memacu pembangunan pendidikan melalui pendekatan wakaf yang tersusun dan berdaya saing.
Marilah berwakaf demi manfaat berterusan kepada ummah. Orang ramai dialu-alukan menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi PWS.
No Comments