24 Januari 2026, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM23,000 bagi menaik taraf kemudahan Dewan Serbaguna Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa, Jeram.
Penyerahan cek cura telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS dan diterima oleh Guru Besar SK Tambak Jawa, Encik Hatif bin Azmi sebagai simbol kerjasama strategik antara institusi wakaf dan institusi pendidikan.
Dalam sesi yang sama, taklimat wakaf turut diadakan kepada pihak pengurusan sekolah bagi memperkukuh kefahaman mengenai peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan mampan, khususnya dalam menyokong keperluan pendidikan dan kebajikan generasi akan datang.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen PWS dalam memperluas impak wakaf pendidikan secara sistematik dan berintegriti demi memastikan manfaatnya dirasai secara langsung oleh komuniti setempat.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
No Comments