8 Januari 2026, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM19,000 kepada SMK Jalan Kebun bagi kerja-kerja baik pulih bumbung serta pemasangan sengkuap surau sekolah.
Penyerahan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS.
Sumbangan ini bertujuan memastikan kemudahan surau berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk kegunaan pelajar serta warga sekolah.
Marilah berwakaf demi manfaat berterusan kepada ummah. Orang ramai dialu-alukan menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi PWS.
No Comments