Pada 11 Februari 2026, sejumlah RM47,000 dana Wakaf Fisabilillah telah disalurkan kepada SRA Bukit Kerayong, Kapar Klang bagi melaksanakan kerja-kerja mengecat dan penyelenggaraan bangunan sekolah.
Inisiatif ini bertujuan mempertingkatkan keselesaan serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan ceria kepada warga sekolah. Wakaf terus memainkan peranan sebagai instrumen pembangunan ummah yang menyokong penambahbaikan infrastruktur pendidikan secara berterusan dan berimpak tinggi.
Majlis penyerahan cek cura telah disempurnakan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan kepada pihak pengurusan sekolah. Peruntukan tersebut dimanfaatkan bagi kerja-kerja naik taraf dan pengecatan semula bangunan sekolah sebagai langkah memperbaharui persekitaran pembelajaran.
Pelaksanaan penambahbaikan ini dijangka meningkatkan motivasi guru dan pelajar, selain menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang lebih selesa dan selamat.
Turut diadakan sesi taklimat bagi memperkukuh kefahaman mengenai peranan dan impak wakaf dalam pembangunan ummah. Wakaf merupakan pelaburan jangka panjang yang membina legasi ilmu serta manfaat berterusan kepada generasi akan datang. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan bagi memastikan kesinambungan agenda pendidikan dan kebajikan.
Sumbangan Wakaf Tunai boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui:
No Comments