8 Januari 2026, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM48,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Jenderam Hilir bagi tujuan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf musolla sekolah.
Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS sebagai simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh kemudahan ibadah dan persekitaran pendidikan yang kondusif.
Taklimat wakaf turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga pendidik mengenai peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan dan berimpak jangka panjang.
Marilah berwakaf demi manfaat berterusan kepada ummah. Orang ramai dialu-alukan menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi PWS.
No Comments