28 Januari 2026, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan, Telok Panglima Garang bagi tujuan kerja-kerja baik pulih sekolah susulan bencana puting beliung yang melanda kawasan tersebut pada 15 Oktober 2025.
Penyerahan cek cura telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS dan diterima oleh Guru Besar SRA, Puan Tarmilah binti Wage sebagai tanda keprihatinan serta komitmen berterusan PWS dalam membantu institusi pendidikan agama yang terkesan akibat bencana.
Inisiatif ini mencerminkan peranan strategik wakaf sebagai instrumen pemulihan komuniti, khususnya dalam memastikan kemudahan pembelajaran dapat dipulihkan dengan segera demi menjamin keselamatan dan keselesaan para pelajar serta warga pendidik.
PWS komited untuk terus memperluas impak wakaf sebagai pemangkin pemulihan dan kelestarian pendidikan, selaras dengan aspirasi membina ekosistem wakaf yang responsif dan berimpak tinggi kepada masyarakat.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
No Comments