21 Januari 2026, Hulu Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM44,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Melayu Rasa bagi tujuan kerja-kerja baik pulih siling dan bumbung bangunan sekolah.
Penyerahan cek cura telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS sebagai simbol komitmen berterusan dalam memperkasa kemudahan pendidikan Islam demi kesejahteraan warga sekolah.
Turut diadakan sesi taklimat wakaf kepada para guru bagi memberi pendedahan mengenai konsep, peranan dan peluang berwakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan dan berimpak jangka panjang. Inisiatif ini bertujuan memupuk kefahaman serta menggalakkan penglibatan berterusan warga pendidik dalam ekosistem wakaf.
Sumbangan ini mencerminkan aspirasi PWS untuk menjadikan wakaf sebagai pemangkin kelestarian pendidikan serta menyemai budaya memberi yang berterusan demi manfaat generasi masa hadapan.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
No Comments