PWS Salur RM33,000 Wakaf Fisabilillah Perkukuh Kemudahan SRA Kuang

PWS Salur RM33,000 Wakaf Fisabilillah Perkukuh Kemudahan SRA Kuang

9 Januari 2026, Rawang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM33,000 kepada Sekolah Rendah Agama Kuang bagi pemasangan empat unit penyaman udara dan sistem siar raya.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS sebagai usaha memperkukuh persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

Taklimat wakaf turut diadakan kepada warga sekolah, di samping pembukaan kaunter wakaf bagi menggalakkan penglibatan berterusan dalam amalan jariah melalui Wakaf Tunai.

Sumbangan ini menzahirkan peranan wakaf sebagai pelaburan akhirat yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan pendidikan dan pembangunan generasi masa hadapan.

Marilah berwakaf demi manfaat berterusan kepada ummah. Orang ramai dialu-alukan menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi PWS.

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment