28 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM20,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Kandis bagi tujuan menaik taraf ruang wuduk sekolah, sekali gus meningkatkan keselesaan dan kebajikan warga sekolah.
Penyerahan cek cura telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan diterima oleh pihak pengurusan sekolah dalam suasana penuh muhibah dan kerjasama strategik.
Dalam lawatan yang sama, sesi taklimat wakaf turut diadakan khusus kepada para guru bagi memberi pendedahan serta memperkukuh kefahaman mengenai peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah, khususnya dalam memperkasa ekosistem pendidikan Islam.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen PWS bukan sahaja dalam menyalurkan bantuan fizikal, malah membina kesedaran dan tadbir urus yang lestari dalam kalangan pendidik sebagai agen perubahan di peringkat akar umbi.
Wakaf merupakan pelaburan jangka panjang yang membina legasi manfaat berterusan kepada generasi akan datang. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
No Comments