17 Februari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM30,000 kepada Surau Al-Azhar, Desa Mentari, Petaling Jaya bagi tujuan penggantian karpet baharu demi keselesaan para jemaah.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen PWS dalam memastikan institusi ibadah terus berfungsi secara optimum serta menjadi pusat pengisian ilmu dan pembangunan rohani masyarakat.
Dalam program yang sama, Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Kutipan dan Agihan PWS telah menyampaikan kuliah Maghrib yang menyentuh tentang nilai wakaf sebagai saham akhirat yang berterusan serta menjadi pemangkin pembangunan ummah.
Turut diadakan sesi penerangan bagi memperkukuh kefahaman mengenai peranan wakaf dalam pembangunan institusi ibadah. Wakaf merupakan pelaburan jangka panjang yang membina legasi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan.
Sumbangan Wakaf Tunai boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui:
No Comments