15 Januari 2026, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM30,000 kepada Surau Al Ikhwan, Bandar Baru Sungai Buloh bagi tujuan pemasangan kerangka siling, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan jemaah.
Penyerahan cek cura telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS kepada Abdul Halim bin Shafie, Imam Surau Al Ikhwan. Majlis penyerahan berlangsung bersempena program Kuliah Dhuha yang turut disampaikan oleh beliau.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkukuh institusi ibadah melalui pendekatan wakaf yang mampan serta memperluas manfaatnya kepada komuniti setempat.
Wakaf merupakan pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat berterusan kepada ummah. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor
No Comments