21 Januari 2026, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyalurkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Surau Fatimah Sheikh Soltan, Telok Panglima Garang bagi tujuan pembinaan ruang solat tambahan, sekali gus meningkatkan keselesaan serta kapasiti jemaah setempat.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan diterima oleh Tuan Haji Tomiran bin Kasimon, Pengerusi surau sebagai simbol komitmen berterusan institusi wakaf negeri dalam memperkukuh prasarana ibadah dan pembangunan komuniti.
Dalam program yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif PWS turut menyampaikan kuliah kepada para jemaah yang menekankan kepentingan wakaf sebagai instrumen berimpak tinggi dalam pembangunan ummah secara berterusan serta tanggungjawab bersama masyarakat dalam menyokong agenda kebajikan Islam.
Inisiatif ini mencerminkan pendekatan strategik PWS dalam mengarusperdanakan wakaf sebagai instrumen pembangunan mampan yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat, khususnya dalam aspek kebajikan dan kemudahan ibadah.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
No Comments