9 Disember 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Al Baghdadi Group Sdn Bhd. Delegasi seramai enam orang ini yang diketuai oleh Encik Muhammad Farhan bin Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan serta Encik Mohd Nazree bin Mohd Yunus, Pengarah Yayasan Al Baghdadi dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Turut hadir dari Al Baghdadi Group ialah Puan Nur Ariffah binti Aziz, Pengurus Operasi, Puan Nur Syarifah binti Mohd Sani, Pengurus Pemasaran, Puan Nur Hafifa binti Suip, Ketua Pengurus Yayasan Al Baghdadi dan Puan Nur Amriena binti Abdullah, Pengurus Komunikasi Korporat.
Turut Serta dari PWS ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi Bahagian Korporat PWS.
Objektif utama kunjungan ini adalah untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang pendidikan Al-Quran dan dapat menyumbang kepada perpaduan dan pembangunan masyarakat dengan mengintegrasikan nilai-nilai Al-Quran dalam pelbagai inisiatif pendidikan melalui instrumen wakaf.
Terima kasih atas kunjungan ini dan semoga ukhuwah kita berkekalan.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#albaghdadigroupsdnbhd
No Comments