28 Ogos 2023, Shah Alam – Majlis simbolik penyerahan Jalur Gemilang dan sesi lekat bendera kenderaan telah disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pagi ini bertempat di Lobi, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Perbadanan Wakaf Selangor telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Turut hadir bersama adalah YBrs. Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS, YBrs. Tuan Mohd Sobirin Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Tuan Hasnul Redza Abdul Rahim, Pengurus Besar, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. dan Tuan Mohd Nuri Abdul Aziz, Pengurus Besar, Bakti Suci Holding Sdn. Bhd.
Program diteruskan lagi dengan Ziarah Merdeka yang diketuai oleh YBrs. Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bersama 50 orang peserta termasuklah wakil Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, Agensi dan anak syarikat MAIS dan wakil media melawat ke Pusat Dialisis MAIS bertempat di Seksyen 3 Shah Alam, Rumah Puteri Arafiah bertempat di Seksyen 7 Shah Alam dan Rumah Perlindungan Muallaf Baitul Salam bertempat di Jalan Kebun. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah taklimat, lawatan sekitar bagi melihat prasarana yang disediakan, sesi beramah mesra bersama pelatih/pengusaha dan penyerahan bendera.
No Comments