13 November 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Delegasi seramai lima orang ini yang diketuai oleh Tuan Haji Zaharuddin Alias, Ketua Jabatan Kewangan Sosial BMMB dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Turut hadir dari BMMB ialah Encik Mohd Azim Mohd Saufi, Pengurus Jabatan Kewangan Sosial, Cik Wan Nuraihan Haji Ab Shatar, Pengurus Jabatan Kewangan Sosial, Puan Roskamalia Mt Ali, Pengurus cawangan PKNS, Puan Nor Ezreen Nawawi, Eksekutif Deposit Cawangan PKNS.
Turut Serta dari PWS ialah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, Cik Anis Amirah binti Mohd Kifly, Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi Bahagian Korporat PWS.
No Comments