3 Mac 2025, Shah Alam – DYMM Sultan Selangor berkenan melawat Bas Klinik Pergigian Bergerak Wakaf Selangor Muamalat (WSM) di Majlis Ihya’ Ramadhan pada tahun ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Lawatan DYMM Sultan Selangor ke Bas Klinik Pergigian Bergerak tersebut diiringi oleh Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor bersama DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor beserta YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Md. Yusof, Pengerusi PWS, YBrs. Tuan Haji Azizi bin Che Seman, Pengerusi WSM, YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Bin Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya (UM) dan YBhg. Prof. Dr. Zamri Bin Radzi, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM).
Bas tersebut adalah merupakan satu projek bersama PWS dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui Wakaf Selangor Muamalat (WSM) yang telah menjalinkan hubungan kerjasama sejak tahun 2012. Sebelum itu, WSM telah menyerahkan Replika Kunci Klinik Pergigian Bergerak kepada Fakulti Pergigian Universiti Malaya yang disaksikan oleh DYMM Sultan Selangor di Majlis Ihya’ Ramadhan di sini. Klinik pergigian bergerak ini adalah inisiatif WSM bagi memastikan jariah pewakaf dapat dipanjangkan serta memberi manfaat kepada pesakit-pesakit yang akan menerima rawatan gigi di sini.
PWS menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli melawat Bas Klinik Pergigian Bergerak WSM dan menerima menghadap pewakaf dan juga menerima sumbangan wakaf pada majlis Ihya’ Ramadhan dan menzahirkan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada pewakaf yang telah melaksanakan Ibadah Wakaf ini, khususnya dalam bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan yang merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor.
Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:
No Comments