4 Julai 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan pembentangan di Bengkel Pemantapan Pengurusan Wakaf tahun 2024 bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang dihoskan oleh Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR) bertempat di Mardhiyah Hotel & Suites.
Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS. Bengkel yang bermula dari 2 hingga 4 Julai 2024 ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan bagi membincangkan perkembangan pengurusan institusi wakaf di setiap negeri di Malaysia.
Antara aktiviti yang diadakan pada bengkel tersebut ialah mesyuarat penyelarasan wakaf bersama MAIN, sesi lawatan ke tapak projek wakaf yang dilaksanakan oleh PWS dan berkongsi informasi dan perkembangan terkini disetiap institusi wakaf di Malaysia.
No Comments