KUNJUNGAN HORMAT PWS KE PEJABAT PADIBERAS NASIONAL BEHAD (BERNAS)

KUNJUNGAN HORMAT PWS KE PEJABAT PADIBERAS NASIONAL BEHAD (BERNAS)

4 Julai 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Delegasi PWS seramai tiga orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Zulkiflee Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BERNAS di HICOM Glenmarie Industrial Park.
 
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi Bahagian Korporat PWS.
 
Turut serta dari pihak BERNAS adalah Encik Abdul Rahman Mohd Nasri, Ketua Bahagian Pengurusan Konsesi dan Aktiviti Huluan dan Puan Norbaya Sarif, Ketua Bahagian Sumber manusia Kumpulan.
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan perbincangan bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS serta galakan kepada kakitangan BERNAS melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji dan wakaf korporat.
 
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan BERNAS bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment