Bicara Wakaf Bersama Warga MBPJ Perkasa Kesedaran Berwakaf Dalam Kalangan Penjawat Awam

Bicara Wakaf Bersama Warga MBPJ Perkasa Kesedaran Berwakaf Dalam Kalangan Penjawat Awam

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Program Bicara Wakaf bersama warga Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi memperkukuh kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan ibadah wakaf.

Bertemakan “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir”, program ini menampilkan perkongsian oleh Ustaz Muhammad Hanafiah Abdul Malek mengenai konsep, kelebihan dan impak wakaf sebagai amalan sedekah jariah yang berterusan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha PWS memperkukuh kerjasama strategik bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor dalam menyemarakkan budaya berwakaf serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pembangunan ummah melalui instrumen wakaf.

No Comments

Post A Comment