Chairman’s Dialogue: Sinergi Wakaf Selangor Bersama GLC dan Korporat

Chairman’s Dialogue: Sinergi Wakaf Selangor Bersama GLC dan Korporat

3 Februari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Chairman’s Dialogue yang menghimpunkan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor korporat Selangor sebagai platform strategik memperkukuh kefahaman, kepercayaan dan sinergi dalam pembangunan wakaf yang lebih progresif dan berimpak tinggi. Program ini telah berlangsung di Mardhiyyah Hotel and Suites.

Dialog tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS, yang menekankan peranan wakaf sebagai instrumen ekonomi sosial yang relevan, mampan dan mampu digerakkan secara strategik bersama ekosistem korporat masa kini. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan kolaborasi rentas sektor bagi memastikan wakaf bukan sahaja dilihat sebagai ibadah, malah sebagai pemacu pembangunan ummah dan negeri secara holistik.

Program yang berlangsung dalam suasana profesional dan interaktif ini menjadi medan pertukaran idea, perkongsian hala tuju serta pembinaan kepercayaan antara PWS, GLC dan pemain industri. Inisiatif ini selari dengan aspirasi PWS untuk mengarusperdanakan wakaf dalam landskap pembangunan ekonomi dan sosial Selangor secara inklusif dan berdaya tahan.

PWS komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama sektor korporat dalam membangunkan ekosistem wakaf yang lestari serta memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my/
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

 

No Comments

Post A Comment