PWS MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KILANG GULA CENTRAL SUGAR REFINERY (CSR)

PWS MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KILANG GULA CENTRAL SUGAR REFINERY (CSR)

10 Julai 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Kilang Gula Central Sugar Refinery (CSR) hari ini.
 
Delegasi PWS seramai tiga orang ini diketuai oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Encik Mustafa Akmal bin Ariffin, Ketua Perhubungan Kerajaan dan Pengawalseliaan bersama Puan Wan Sharani Akhmar binti Wan Sulaiman, Ketua Sumber Manusia Pekerja dan Sokongan CSR bertempat di Batu Tiga.
 
Turut serta kunjungan tersebut ialah Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi Bahagian Korporat dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi Bahagian Korporat PWS.
 
Intipati kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan perbincangan bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS serta galakan kepada kakitangan CSR melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji dan wakaf korporat.
 
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan CSR bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment