10 Januari 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Delegasi PWS seramai enam orang ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Hj. Ibrahim bin Hj. Md. Yusof, Pengerusi PWS bersama YBhg. Dato’ Hj. Mohd Misri bin Hj. Idris, Timbalan Pengerusi PWS dan disambut mesra oleh YBhg Dato’ Hj Mohd Fauzi bin Hj. Mohd Yatim, Datuk Bandar MBSA di Wisma MBSA.
Turut serta dalam kunjungan ini adalah YBrs Tuan Hj Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Puan Hjh Norhalisa binti Mujer, Pengurus Bahagian Hartanah, Puan Syazwarina binti Mohd Razali, Eksekutif, Unit Perancangan & Penyelidikan dan Cik Anis Amirah binti Mohd Kifly, Eksekutif, Unit Korporat Media & Promosi, Bahagian Korporat PWS.
Turut serta dari MBSA ialah Puan Aniza Osman, Pengarah Perancang dan Puan Ida Irdawati,Pegawai Khas.
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS dan perbincangan kerjasama yang boleh dijalinkan bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS serta galakan kepada kakitangan MBSA melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji dan wakaf korporat.
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan MBSA bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
Untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#mudahnyaberwakaf
#mbsa
No Comments