03 Jun 2024 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan Wakaf bernilai RM 183,699.79 ribu kepada dua (2) institusi agama di Selangor iaitu di Masjid Ar Rahman, Kg. Raja Musa, Kuala Selangor sebanyak RM 50 Ribu dan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Cheras sebanyak RM 133,699.79 Ribu.
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Tuan Haji Yusof bin Saroji, Nazir Masjid Ar Rahman dan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.
Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk pemasangan karpet baru di Masjid Ar Rahman yang merupakan sumbangan wakaf Fisabilillah dan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn yang merupakan dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk kegunaan masjid dan manfaat kepada jemaah.
Selain itu, PWS juga turut mengadakan kuliah maghrib yang sampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar di Masjid Ar Rahman dan AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil di Masjid Bandar Tun Hussein Onn bagi menyebarluaskan lagi kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan keindahan berwakaf itu sendiri.
No Comments