SHAH ALAM, 2 APRIL 2025 – DYTM Raja Muda Selangor berkenan menyerahkan Sumbangan Kasih Syawal Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas yang kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada petang ini.
PWS telah menyediakan 100 kotak bantuan barang keperluan bernilai RM15,000.00 menggunakan dana manfaat wakaf dan mengharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak boleh membantu mangsa berlindung. Turut hadir dalam program penyerahan ini ialah YBrs. Tuan Haji Azmir bin Kassim, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor dan YBrs. Tuan Md Yusmizan bin Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor.
“Menurut Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYTM Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar duli menyerahkan Sumbangan Kasih Syawal PWS kepada mangsa bencana.”
“PWS menzahirkan penghargaan terima kasih kepada petugas-petugas terlibat yang bertungkus-lumus menghulurkan bantuan segera kepada mangsa bencana. Semoga semua mangsa bencana diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Doa kami sentiasa bersama anda, semoga segala urusan dipermudahkan. InshaAllah.’’
“Di bulan Syawal yang mulia ini, PWS menyeru kepada semua masyarakat khususnya di Negeri Selangor untuk melazimi Ibadah Wakaf yang merupakan satu amalan yang dituntut dan menjamin ganjaran pahala yang berterusan.”
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments