MAJLIS SANJUNGAN BUDI EJEN PENERANGAN DAN KUTIPAN WAKAF TUNAI PWS

MAJLIS SANJUNGAN BUDI EJEN PENERANGAN DAN KUTIPAN WAKAF TUNAI PWS

27 November 2024, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Ejen Penerangan dan Kutipan Wakaf Tunai bertempat di Wyndham Acmar Klang.

Majlis yang diadakan ini adalah sempena menghargai ejen penerangan dan kutipan yang telah dilantik oleh PWS bagi memudahkan orang ramai untuk melaksanakan ibadah wakaf di PWS melalui ejen-ejen persendirian serta memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.

Selain itu, YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ejen Penerangan dan Kutipan Wakaf Tunai yang telah dilantik kepada YBrs. Tuan Haji Ibrahim bin Seman dan Encik Mohamad Shakor bin Sulaiman di atas perkhidmatan yang telah mereka laksanakan sebagai ejen kutipan bagi pihak PWS.

Semoga dengan adanya ejen penerangan dan kutipan wakaf tunai ini dapat memudahkan lagi masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf yang merupakan sunnah Baginda Nabi Muhammad S.A.W

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

No Comments

Post A Comment